Saturday, August 27, 2011

Mood raya dah datang!

Salam.

RAYA
Dulu waktu mula2 start kerja, takde rasa nak raya sangat. Dok bajet konon2 junior, susah nak dapat cuti.Tapi, sebab semua orang kalut minta cuti raya, maka ibu pun taknak ketinggalan =p Yelah, cuti layak tahunan, mestilah digunakan sebaik2nya, especially untuk raya, kan? Alhamdulillah, cuti raya selama 2 hari diluluskan. Ramai chinese pharmacist kat HTAA. Jadi, bolehlah cuti lama sikit. Ada je yang cuti sebelum, sewaktu dan selepas raya..Memandangkan bulan ni baru masuk kerja, jadi jadual on-call masih takde. Jadinya, semalam lepas habis buka puasa, pack bag, terus balik..

Balik mana?

^_____^

Balik Ampang lah..

Alhamdulillah, kami takde masalah nak beraya di mana. Memang sejak awal kahwin, dah tetapkan giliran masing2. Almaklum, tahun lepas dah beraya kat Kedah, tahun ni giliran KL pula..Ya,all you have to do, is be patient and wait for your turn next raya. After all, your in-laws equal to your parent right? =) 

Walaupun kami ada giliran balik mana dulu pada hari raya pertama, tapi alhamdulillah setakat ni tak pernah fail lagi untuk balik beraya di kedua2 belah pihak. 

Jadi, insyaALLAH, tahun ni akan sambung berpuasa, menghabiskan baki Ramadhan di Ampang.Raya ke-3 insyaALLAh akan balik ke Kedah pula. Then, balik Kuantan baliklah.. Kata dah kerja kan =p Walid pun dah nak start kelas semula lepas raya ni.

BAJU RAYA
Bagi ibu, the best part about raya when you have YOUR own family is to prepare the clothing, according to theme. It's quite challenging, in a fun way though =) I dunno. In any other occasion pun, kami akan usaha untuk tampil sama kaler. Entah. Macam best. Macam sehati sejiwa, penuh kasih sayang gitu. heh!  Kadang2 bila ibu malas nak cari baju, walid pula yang dok sibuk matchkan =) Ha, apa tema raya kami setakat ni?

Tahun 2009 : Ungu muda

Tahun 2010 : Merah Jambu (Pink)

2011 : ??

TAHUN 2011
Selalunya bila beli baju raya, akan beli baju ibu dulu, sebab senang nak match baju walid nanti. Tahun lepas tengok kawan pakai warna kelabu waktu raya, berkenan pula. Jadi, dah plan nak pakai warna kelabu. Lepas tu tengah2 tahun, warna biru muda tengah 'in', tukar nak pakai warna tu pula..

Awal2 tahun dulu, maktok bagi kain batik kaler kelabu+ biru, jadi bila pergi Sarawak, ibu beli kain kebaya labuh (plan nak buat kebarung/kurung) warna biru muda. Jadi, dah semangat nak pakai warna biru muda. Tapi, sedar tak sedar, masa berlalu, tak sempat nak g jahit baju. Sudahnya, terus tukar nak pakai warna kelabu balik.

Dalam minggu pertama/kedua puasa, kami dah mula cari baju raya. Alhamdulillah, dapatlah mencari warna kelabu. Jumpa baju walid dulu. Pastu cari baju ibu dan Damia. Baju Damia' lah paling susah nak cari
(-_-) Nasib baik jumpa juga..Kelabu tahun ni, bukan light grey, tapi BROWNISH GREY. Ha, cane tu?? Tungggu....... ^_^

SEMANGAT 
Sebenarnya, dah jadi tradisi keluarga ibu untuk siapkan baju raya awal2, sebab kami adik-beradik ramai. Memang takde istilah beli last minitlah. maksudnya, beli malam raya/2-3 hari sebelum raya. memang tak pernah merasalah bersesak2 malam raya yang ramai orang cakap 'lagi happening' tu..Selalu beli kain, tempah. Siap, beli tudung pula. Jadi, bila dah kahwin, TER'induce' masuk tradisi tu dalam keluarga ni. Jadi, setiap kali raya, memang cari baju awal2.

Antara sebab malas, dah nak bersesak ke sana ke mari, cari baju last minit. Tahun lepas, tempah. takpela. Tahun ni, terpaksa beli yang dah ready made, nasib baik jumpa.Alhamdulillah.

Jadi, minggu kedua/terakhir puasa, dah siap semua. Takde kalut2 dah. Sekarang kat tempat2 baju, semua sesak. kalau kat kuantan tu, tempat paling glamer ECM kot. 2 minggu terakhir ni, sampai nak parking pun takde tempat. 

SEMANGAT RAMADHAN
Dalam semangat nak sambut raya, Ramadhan makin melangkah pergi. Mohon dengan sangat, agar kami dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang. Jujur, ibu tak puas dengan Ramadhan kali ni =( Peringatan buat diriku yang sering lupa dan yang lain2 nya : 

Bulan Ramadhan rajin baca Quran, bulan lain, nak buka Quran pun susah. 
Bulan Ramdhan, puasa, jaga percakapan, tak cakap benda tak senonoh, bulan lain sembang mengata orang sana sini. Kepoh sangat!
Bulan Ramadhan, solat terawikh sampai penuh, tapi solat wajib masih ada yang lompang. (apa kes??)
Bulan Ramadhan, banyak bersedekah jamu orang makan, jamu keluarga makan, sponsor moreh, bulan lain berkira bukan main kalau nak keluarkan duit.
Bulan Ramadhan, qiam tak berhenti, bulan lain, nak bangun malam pun susah.
Bulan Ramadhan pakai baju sopan2, tudung pun litup, g mana2 selalu pakai jubah, tapi bulan lain, tudung ke mana, kain baju ke mana, semua jadi tak cukup lengkap belaka.

Nauzubillah!

Ah~ manusia memang begitu. Kononnya nak celebrate Ramadhan. Bulan yang penuh dengan ganjaran..Ibu pun sama. Moga kita sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Moga kita semuanya menjadi hamba ALLAH, bukan hamba Ramadhan semata. InsyaALLAH!

SELAMAT HARI RAYA!
Penat dah menulis. Nak g tolong tokma buat kuih tart pula. Ok. Apa2 pun, nak buat ucapan 'salam perantau' sat.

SALAM LEBARAN diucapkan kepada semua kenalan SKBL, SKLJ, MMAS, SM KOSAS, JENANIANS, DQ-IANS, MATRIC PJ, UIAM dan rakan2 sekerja di HTAA, juga rakan BLOGGERS dan READERS OF DIARI DAMIA ^___^

Minta maaf banyak2 ye, kot2 ada terasa pape ke, menulis bukan main tanpa sedar ada hati yang terasa. Maaf zahir dan batin. Makan kuih-muih di pagi raya tu, ingat2lah kat kami di sini. Saaaaayang semua!!

LOVE,
Mr. Arifin. Mrs. Arifin & Little Arifin =)

p/s: I agree with this, somehow =p

Wednesday, August 17, 2011

Dah lama tak cakap pasal makanan

Salam.

Hari ni 17 Ramadhan, hari Nuzul Quran. Pahang cuti. Jadi, ibu tak kerja hari ni. Tanya walid, nak masak apa untuk juadah berbuka, dengan lajunya walid cakap, 'spageti'!

Sebenarnya, semua bahan2 dah ada, waktu keluar minggu lepas walid cakap,'lama kita tak masak spageti kan? apa kata kita buat nanti?' Jadi, ibu on je. Ibu memang laju bab2 Italian food nih =p Memandangkan hari ni special, so masak yang special sikitlah =)

Ibu buat spageti bolognaise je. Malaslah nak fikir buat yang carbonara punya style (tak pernah try pun sebenarnya =p). Gambar yang ditangkap pun, selepas makan. Tak menarik dah. sebab tadi kebetulan ada tetamu, jadi terus je hidangkan, tak sempat tangkap gambar.

MAKANAN UTAMA

Spageti yang berbaki selepas makan 
Kuah spageti yang buat sendiri. Ibu memang suka buat sendiri, kecuali kalau nak cepat sangat, beli lah yang Kimball punya paste. Prego mahal. Pastu ada isu halal, status taktau cane. Tak beli dah sebab was-was.

AIR

Air, kononnya nak buat air sirap bandung soda macam kat sini. Sejarahnya, sebab ada sekali tu, kami berbuka kat Rasamas, dapat air tu. Sedap juga. Nampak simple, tu yang nak buat. 

TETAPI, malangnya air tu tak sesedap yang disangka. Heh! =p Bila buat sendiri, rasa pekat tak macam kat Rasamas tu. Mungkin resepi dah betul,tapi tak kena dengan tekak kami yang jarang2 sekali minum air gas..

In other way, it's good though, sebab air gas kan, memang sangat manis. Kalau minum selalu, confirm boleh dapat penyakit kencing manis (DM type 2). Alhamdulillah lah tak jadi pun. heh!

Oh, tak sempat ambil gambar sebab walid dah habiskan air tu..

SIDE DISH

Sebelum  ni berhari2 ibu dok tengok dalam peti ais, jenguk2 blueberry filling lebihan buat pai dulu, dok fikir2 nak buat apa dengan filling yang berbaki sikit je lagi tu..dan tiba2 datanglah ilham nak buat muffin blueberry.

Cari punya cari resepi, siap dengan tips lagi untuk make sure jadi. Yap, this is my second time baking muffin. Dulu tak jadi sebab salah teknik.. Rupa2nya muffin ni nak buat senang je. Tak payah dok kalut kacau lebih2, nanti kalau overmix, tak jadi. Muffin tak naik, dia merajuk sebab kena kacau lama sangat =p 

Muffin ni buat selepas buat kuah spageti. Jadi, bila masak je, azan, terus hidang kat tetamu. Bila tetamu dah balik, sambung balik kerja yang tak siap tadi, dapatlah 4 cups yang terakhir. Waktu ni, fillling dah nak habis, letak kat atas je, bukan kat dalam macam mula2 tadi.Dapat 2 je cups yang boleh diisi isi blueberry tu..Jadi, bila potong, tak nampaklah isi kat dalam yang cair macam selalu orang lain tangkap gambar tu =p

Jadi, nilah hasilnya :

4 last cups 
Pick the best look
Cuba ambil gambar merekah... 
and yes, see... takde pun isi kat dalam tu =p

Okay, basically ibu puas hati sebab muffin menjadi kali ni ^___^ riak seketika. heh! Sape nak resepi, meh tengok sini. Ok, selamat mencuba! Ibu nak sambung makan muffin dengan walid, sambil selesaikan short case untuk tugasan TDM. till then, salam =)

Tuesday, August 16, 2011

Mia's make-over =P

ok..kali ni nak ajar cara2 untuk lebih mencomelkan anak anda....

BEFORE

make-over begin!!!

animator gif

dan hasilnya.....

..................................................

.................................

...............

....

..

.
TADAAA!!

hihi..just for lough smile =) 

selamat belajar di skolah baru si budak tecit!!

Monday, August 15, 2011

Entri khas buat pasangan sejati Norma-Talib

salam, baru2 ni ade disiarkan di MHI TV3 tentang seorang pesakit brain cancer stage 4, yang baru saja melahirkan anak... taknak cerita panjang2...jom tgk...

kisah yang amat meruntun jiwa...andai berlaku dalam keluarga sendiri, entahlah bagaimana penerimaannya.. moga Norma dan Talib tabah hadapi ujian dari Allah... untuk keterangan lanjut blh layari blog kakak ipar Norma di miera301.blogspot.com  .. semoga dibulan Ramadhan yang barakah ini akan berlaku keajaiban buat keluarga kecil ini.. dan buat baby Rafiq, kamu bertuah mempunyai ibu ayah yang sgt tabah begitu.. nnti blh la kawan dgn Mia =).. sekian...

Saturday, August 13, 2011

PCM Poisoning

Salam.

Salah satu isu bila berada dalam TDM unit, adalah analisis level ubat PCM. PCM ni selalu dikaitkan dengan salah guna sehingga menyebabkan kesan toksik. Kes PCM ni selalu datang waktu malam di hospital. Hmm,pernah dengar pasal ni? Meh sini nak cerita sikit.. Kena ambil tahu, ini penting! 

APA ITU PCM?
PCM ni singkatan nama untuk ubat Paracetamol@ Acetaminophen (Amerika panggil nama ni) @ Panadol. Sebenarnya, Panadol tu, nama brand company yang keluarkan ubat tu, tapi mungkin sebab dah terbiasa, ramai orang akan ke kedai Farmasi dan minta ubat Panadol.

Macam Pampers, sebenarnya ia adalah lampin pakai buang (disposable diapers), tapi sebab dah biasa, semua orang cakap pampers. Macam juga Colgate, tu nama brand, yang sebetulnya adalah ubat gigi. Tapi kadang2 sebab malas, semua kita bantai pakai colgate.. =p Pendek kata, Panadol tu sebenarnya ada ubat Paracetamol dalam dia. Nak pendek lagi, panggil PCM.

Ha, cuba try g kedai farmasi dan minta PCM, boleh jadi dia keluarkan semua produk yang ada, dengan nama brand yang lain. Bukan panadol je yang ada. Jadi, bolehlah pilih ikut kemampuan ye.Erm, jangan risau semuanya berkesan, memberi efek yang sama juga. Kalau tak berkesan, pengeluaran ubat tu takkan dibenarkan =) 

PCM UNTUK APA?
Ok. PCM ni ubat yang paling selamat di dunia. Dia ada dua ciri utama : penahan sakit & anti-demam. Jadi, kalau sakit sikit2(eg : sakit belakang, sakit tengkuk, sakit kepala, period pain) atau demam yang biasa2, bolehla ambil ubat ni. 

MASALAH
Masalahnya, walaupun PCM ni diiktiraf sebagai ubat yang paling selamat, tapi PCM ni jugalah punca utama keracunan di seluruh dunia. Punca utama orang bunuh diri. Ye, gaduh ngan pakwe/makwe sikit2, telan panadol 20 biji, berpuluh2 biji. Ada masalah sikit, telan panadol.Stres sikit, bantai lagi. Adoi.. Selalunya orang yang cuba nak bunuh diri dengan cara telan Panadol ni, lebih kepada para-suicide action. Maksudnya, sekadar nak tarik perhatian je, bukan nak bunuh diri sangat pun..Entah2 dia turut berharap sempat diselamatkan.. =p

Tapi..

Ye, tapi..

Awak ingat awak telan berpuluh2 biji tu takde efek pape ke, kononnya tu ubat paling selamat di dunia..? Oh, salah sungguh la kalau fikir macam tu cik2 adik oi (Yang belum cukup matang, yang nak perhatian, yang masih tak kenal diri, yang masih mencari diri..)

PCM hanya selamat dimakan, maksimum 8 biji sahaja sehari (4g). Sila ambil perhatian. Lebih daripada tu, memanglah menempah maut.  

ANTIDOTE
Untuk masalah keracunan PCM, ada antidot tersendiri - N-acetylcysteine (NAC). NAC akan diberi untuk nyahtoksik PCM yang terlebih dos tu.  NAC ni diberi secara IV (kena inject) dan ada 3 fasa. Mestilah tak best kalau gitu kan? Untuk kesan toksik PCM, walaupun sekadar luaran nampak ok, hanya rasa loya, pening kepala, muntah, sakit badan, pucat, berpeluh2, pengsan, tapi sebenarnya kerosakan hati (liver) akut boleh berlaku.

Tau apa fungsi hati? 

Hati organ yang SANGAT penting untuk badan. Segala 'chemical reaction', dia yang tolong handle. Banyak sangat fungsi dia. Antaranya :

1- Proses nutrien dari makanan
- Lepas kita makan, bahan2 tu akan diproses menjadi tenaga. supaya kita boleh buat kerja, gerak sana sini dengan mudah. Segala proses metabolisma karbohidrat, lipid dam asid amino, dia yang uruskan.
- Simpan gula (glucose) dalam bentuk glikogen. Jadi, kadar gula dalam darah boleh dikawal. Penting! terutama untuk orang yang ada kencing manis. Kena jaga paras gula dalam darah.
- Simpan vitamin dan garam mineral tertentu.

2. Menghasilkan hempedu
- Hempedu yang tersimpan dalam pundi hempedu, penting untuk sistem penghadaman.

3. Menghasilkan protein
- Oh, kita memang tak boleh hidup tanpa protein tau. Dalam badan, banyak sangat protein, dan stoknya perlu ada selalu supaya perjalanan sistem badan tak terganggu.  Contoh, hati menghasilkan faktor2 pembekuan darah. Kalau takde faktor, darah lambat berhenti kalau luka. Kan bahaya? 

4. Menyahtoksik darah.
- Kalau kita ambil ubat, dia akan masuk ke salur darah dalam badan, sebelum memberi kesan kepada badan. Tapi, sebelum pape, darah yang ada ubat tu akan ke hati dahulu. Di situ, hati lah yang nyahtoksik ubat, supaya ia tak membahayakan kita. 

Ha, banyak lagi. Malas nak taip. Banyak fungsi hati ni. Kalau rosak, habislah kita, kan?

ISLAMIC INPUT
Jadi, kenalah jaga hati baik2. Diri kita ni, amanah dari ALLAH tau. Esok2, ALLAH tanya apa yang kita buat
dengan diri kita, Jadi, jangalah seksa badan =) Memanglah sel2 hati boleh tumbuh semula, tapi bayangkan macam cermin yang pecah, kita sambung balik dengan salotep, takkan sama dah kan? Tak efektif mana dah.. Nak suluh muka sendiri pun tak best. Maka jadila ia cermin yang kurang menarik fungsinya.

Jadi, bila ada masalah, janganlah cepat nak menghukum diri. ALLAH tak suka. Dahla seksa diri,kalau mati betul2, memang konfirm tak bau syurga. ALLAH, nak dapat syurga pun susah, inikan pula hanya sekadar bau..

Ingatlah, ALLAH pesan dalam Quran, 

Mereka menjawab: "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa". (Al-Hijr :56)

Ibrahim berkata, 'Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabb-Nya, kecuali orang-orang yang sesat'." (Al-Hijr: 56).

Allah SWT berfirman, "Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Az-Zumar : Ayat 53)

KESIMPULAN
Ibu tulis ni sebab kes keracunan yang datang setakat ni, dari Melayu Muslim. Allah, geram pun ada. Kalau dah tak nak fikir orang lain sangat, fikirlah diri sendiri tu. Sayang diri sendiri. Nak buat apa2, fikir dulu. Allah tak zalim untuk cipta kita dan biarkan kita kat dunia ni macam tu je. Allah ada selalu, insyaALLAH.

Renung2kan, dan selamat beramal! ^__^ 

Monday, August 8, 2011

Mengomel

Salam.

Sudah seminggu bekerja, sudah seminggu juga Ramadhan menjenguk kita semua..

FARMASI TDM
Macam yang ibu bagitau dalam post sebelum ni, tulah tempat kerja ibu untuk sebulan yang pertama di hospital ni. Jujur, yakin ALLAH faham situasi ibu, maka diberinya tugasan di unit yang tak memenatkan. Ya, unit TDM adalah satu unit yang tak perlu banyak bergerak ke sana ke mari, kadang2 ada ubat yang perlu dianalisis, kadang2 boleh jadi satu atau dua sampel sahaja sehari. Boleh duduk, tak yah berdiri lama macam unit lain.

Di unit ni, selalunya 'drug analysis' akan dilakukan untuk setiap sampel ubat yang dihantar. Ha, selalunya untuk orang yang ambil ubat Theophylline, Gentamycin, Vancomycin, Phenytoin ke, penting untuk tau paras ubat dalam darah, supaya tak lebih atau kurang dari tahap berkesan sesuatu ubat tu.  Ni antara ubat2 yang sangat penting ntuk dianalisis parasnya. Kalau kurang, bahaya, kalau terlebih, lagi bahaya!

Pagi2 bila dapat sampel ubat, terus akan buat analisis. Lepas tu dapat keputusan paras ubat dalam darah pesakit, maka rekomendasi akan dibuat. Kalau tak cukup dos, dicadangkan kepada doktor untuk tambah. Kalau terlebih, di cadangkan supaya 'tangguh' dahulu pengambilan dos seterusnya, sehinggalah mencapai paras ok.

Lepas kira2 dibuat(jika perlu untuk  tambah/kurang/tangguh dos), borang TDM yang dihantar bersama sampel tadi akan dihantar semula kepada pesakit untuk dijadikan rujukan.(Hantar borang je, sampel kan guna untuk analisis) Kalau banyak sangat ubat yang perlu diproses, tak sempat naik wad tengok pesakit, akan telefon bagitau doktor siap2 supaya tindakan pantas dapat diambil.

Sepanjang seminggu ni, masalahnya adalah ibu selalu blur untuk bagitau keputusan yang patut diambil. Yelah, equation yang belajar kat universiti berbeza dengan yang digunapakai oleh hospital, maka kadang2 tak dapat dinafikan, terpinga2 lah ibu =p pastu, ada juga kadang2 rakan PRP yang lain datang tolong ajar, tapi mereka juga turut dibetulkan oleh 'preceptor'. Well, the key is to master the tricks in TDM actually. Tak semua kiraan yang dibuat, boleh diaplikasikan kepada pesakit. bak kata 'preceptor', bila dah lama sikit, baru boleh 'baca', apa yang patut dibuat sebenarnya.Kena pandai baca 'pattern' masalah, dan cara mengatasinya. Ibu doa, moga ibu cepat2 belajar dan master 'tricks' in treating patient. Ameen

DAMIA' DI MANA
Memandangkan walid dah bagitau siap2 yang dia nak kerja part time sewaktu bulan puasa ni, sementara tunggu cuti semester yang akan berakhir pada awal september, makanya awal2 lagi dah plan sape yang nak jaga Damia' sepanjang ibu dan walid bekerja.

Survey sana, sini..akhirnya keputusan dibuat untuk hantar Damia' ke nurseri dalam hospital sahaja. Memandangkan nurseri tu dibuka 24 jam, 7 hari seminggu, makanya amat sesuailah Damia' di situ. Selain dekat dengan ibu, ia juga menepati jadual waktu kerja ibu yang bekerja extended hours ni. Ye, pharmacist sekarang bukan kerja office hour ye. Nanti dalam temuduga, kalau ditanya kenapa ambil Farmasi, bukan Medic, ha jangan dok bagi jawapan 'sebab pharmacist kerja office hour' lagi dah. Takde maknanya =p Sekarang, dah pakai sistem extended hours, dalam shift. Ada yang kerja 7am-4pm, 3pm-11pm dan night shift pun ada juga..So, be ready then =)

Pada hari pertama sekolah, Damia' rileks je, siap babai walid lagi sebab excited dengan persekitaran baru. Ceria je sekolah dia tu. Tapi, masuk hari ke-2 dan seterusnya, ibu yang hantar dia ke nurseri. Jadi, berlakulah episod jerit-menjerit ,'taknak, taknak!' ke arah 'teacher'nya, gara2 takmau p sekolah. Pagi2 jenuh pujuk, sampai je depan pintu sekolah, automatik start 'enjin' =p 

Poor you Damia'.. =( Makin besar, makin bijak, makin manja. Walid cakap, kena bagi 'adik' sebagai peneman dia time ibu walid sibuk sikit..Hmm, nak buat macam mana, ikutkan hati,tak harap orang lain jaga anak sendiri, kerana 'acuan' seorang ibu tak kan mungkin sama dengan 'acuan' yang lain...tapi tulah, ikut hati, mati..Jadi, kena rasionallah. Ibu doa ni, moga damia' cepat adapt ye dengan sekolah baru damia'.Ameen. Jangan dok teriak2 lagi, malulah! =p

KERJA WALID
Hari kedua ibu kerja, walid terus cari kerja lepas tolong ibu setelkan Damia dengan hal sekolahnya. Alhamdulillah, laju rezeki walid, dapat offer kerja kat kedai nasi ayam. Kerja dari pukul 12pm-8pm..Jadi, seronoklah walid. Yelah, kalau tak, walid cakap, dia akan mati kebosanan dok rumah sorang2 bila ibu kerja =p Sekarang, kami berjumpa pada waktu malam sahaja. Balik kerja, ibu ambil damia', pergi bazar (beli juadah sebab berbuka sorang je), dalam pukul 6.30pm-7pm sampailah rumah. Tunggu sat je untuk berbuka, lepas tu walid pun balik rumah. Lepas tu, keluar balik untuk terawih.

Insyaallah, hidup ni perjuangan.dan perjuangan tu, perlukan pengorbanan =) Ibu percaya walid, walid pun percaya ibu, insyaALLAH. Untuk masa depan yang gilang gemilang (chewah!), perlu bersakit2 dahulu, supaya dapat bersenang2 kemudian. Ameen

RAMADHAN
Bercakap pasal Ramadhan, ibu down sikit. Oh, Ramadhan kali ni agak mencabar juga dengan Damia' yang makin 'songeh'. Seingat ibu, baru sekali g solat terawih kat masjid. Pada malam pertama Ramadhan. Allah, hari tu jemaah ramai sangat kat masjid yang kami selalu g, sampai ke pintu tandas. Ibu dok belakang pintu tandas pun..

Damia' ni jenis yang tak boleh ramai2.Dia serabut. Apa lagi, memang dia tak bagi ibu solat langsung! Not even solat isyak =( Ibu bangun, dia tarik kain, ibu tak layan, dia jerit. Ah, tebal muka bila para jemaah yang lain kaleh muka tengok kami (-_-). Nasib baik, ada kehadiran baby foreigner yang tarik perhatian dia. Pada rakaat terawih yang ke-6, baru ibu dapat solat isyak, sebab dia ralit dengan baby tu.Sudahnya, ibu habis terawih lambat sikit, hingga walid dok tertunggu2 kat luar.

Hari ke-2, tak ikut jemaah kat masjid.

Hari ke-3, ibu punyalah siap awal, semata2 nak ambil tempat yang lebih selesa. Dapat tempat yang selesa, Damia' dok tersengih2 sat, bila azan isyak berkumandang, ibu ready nak solat, lalu terdengar Damia' tarik kain dan cakap, '...bu...balik.'. Allah, nak balik pulak dah! Punyalah dia nak balik sungguh2, sedangkan jemaah mula mengambil tempat di saf masing2, makanya ibu pun beralah, keluar dari ruang solat, bila dia start 'enjin'.. (-_-). Bila dah reda sikit, ibu cuba masuk lagi, tapi dia takmau juga berganjak dengan pendirian. Dok nak balik. Ibu ajak solat dia cakap, 'anak (taknak)'..sedih betoi! =( Kesimpulannya, malam tu tak solat langsung. Balik rumah baru solat. Ibu merajuk, tak cakap dengan Damia' sampai tido. Huh! =p

Lepas pada hari tu, dah tak berani nak g masjid dah. Terutamanya, bila teringat mata2 jemaah lain yang memandang ke arah ibu dan Damia'. Rasa macam nak sorok muka dalam badan, macam kura2..I was,like, 'Hey, after all, she's still a kid lah. Don't gimme that look..Like u dun have one'. haha. Jahat kan? Tapi ibu fahamlah. Bila Damia' berbunyi, depa tak khusyuk..Tu yang tak jadi nak g masjid tu.. How i wish they provide a special place for mom+baby..Kate nak biasakan kids dengan rumah ALLAH kan..jadi kenapa kehadiran mereka tak dialu2kan..? Hmm..

Setiap hari dok fikir cane nak handle masalah ni. Ingat nak g masjid negeri sebab ruangnya lebih besar, tapi memikirkan hari tu kena tegur sebab bawa Damia' masuk dalam masjid, walid jadi malas pula. Lagipun, masjid negeri jauh sikit dari rumah. kena mujahadah sikit kalau nak g. Ibu pun baru teringat, ada sign kat masjid yang bgaitau, tak boleh bawa kanak2 kurang dari 5 tahun ke ruang solat. huu, pastu nak solat kat mana then? (-_-)..

Hari ni, kami ingat dah jumpa solusinya sewaktu berbuka tadi. Walid cakap, kita g solat pukul 9.30pm. Time jemaah dah start keluar sebab dah habis solat 8 rakaat. Time tu, dah tak ramai orang. Jadi, mungkin Damia' lebih selesa. Yela, ibu nak juga merasa 'ruh' solat di masjid ramai2, tapi malangnya hari ni damia' demam. Jadi, mungkin plan ni akan disambung bila dia dah sihat nanti..

Ha, sape yang baca entri ni, wajib doakan tau. Moga kita sama2 menjadikan bulan ini bulan yang dimanfaatkan. Banyak pahala ALLAH offer ni, lebih dari jualan mega raya =) Cuma, tak nampak pahala tu jatuh, macam duit jatuh dari langit *kaching!*Jadi, sama2lah kita ye. Moga dipermudahkan segala urusan..Doakan kami. Terima kasih ^__^

Saturday, August 6, 2011

Setelah seminggu

Salam.

Alhamdulillah, sudah seminggu bergelar PRP (Provisionally Registered Pharmacist).

Selepas grad, pelajar bidang farmasi terikat dengan polisi kerajaan, untuk berkhidmat selamat 1 + 3 tahun dengan kerajaan. Untuk tahun pertama ni, dipanggil PRP. Setelah dapat lesen (dengan syarat lulus exam forensik + lulus latihan sebagai PRP), akan digelar FRP (Fully Registered Pharmacist).

Setelah menguruskan urusan lapor diri pada Isnin lepas (1 Ramadhan), alhamdulillah, kami berempat diletakkan di hospital yang sama - Hospital Tengku Ampuan Afzan. Ye, hospital ni lah yang kami dok buat attachment selalu untuk subjek Pharmacotherapeutics semasa bergelar pelajar dulu. Jadi, serba sedikit telah tahu lokasi2 penting (tapi dok sesat jugak dalam bangunan HTAA tu! =p).

Sewaktu lapor diri , pakat dok berdebar, tunggu penempatan. Ada 2 hospital latihan di Pahang ni, satu di Kuantan (HTAA) dan satu lagi di Temerloh (HOSHAS). Bila seorang kawan diberi surat penempatan, semua berdebar2 menunggu jawapannya. Tapi, belum sempat habis debar, terus diberitahu oleh kakitangan yang bagi surat tu, 'Semua dapat Kuantan..' ^____^ Kami diberitahu yang UIA merupakan batch pertama PRP yang masuk, jadi semua orang dapat hspital yang sama, Lebih memudahkan, bak kata Puan Mahani.

Hari pertama, dihabiskan dengan urusan mengisi borang, sampai lah hampir pukul 5pm.

Hari kedua, berjumpa dengan Ketua Pengarah Farmasi di HTAA, yang juga merupakan pensyarah subjek Ethics & Laws dahulu. Selepas tu, diberi peluang untuk menghabiskan urusan borang, surat2 dan segala hal yang berkaitan pentadbiran. Uish, penting ni.. Kalau tak selesai, lambatla dapat gaji (which is crucial, especially for this month =p)..Hari ni juga, dapat tau penempatan di bahagian mana. As for me, I got TDM (Therapeutic Drug Monitoring) unit. The others got Ward Supply Unit (Inpatient pharmacy), Farmasi Klinik Pakar dan Farmasi Makmur (Outpatient pharmacy).
                                       ***********************************
Sebenarnya, kerja seorang ahli farmasi banyak kat hospital ni. Tidak terhad kat kaunter ubat sahaja. Ada banyak unit. Untuk PRP, akan merasai semua unit sebagai latihan. Ada juga logbook disertakan, sebagai panduan untuk dipenuhi, bagi setiap unit.

Untuk HTAA, 4 unit yang kami dapat tadi, merupakan unit2 yang penting untuk belajar hal basic, bak kata Mr. Leong. Belajar untuk bagi ubat, tulis label, bagi kaunseling (Outpatient pharmacy),mengisi ubat, faham konsep2 stok yang digunapakai oleh HTAA, sediakan ubat ke wad (Inpatient pharmacy) dan juga belajar uruskan dan kendalikan mesin untuk analisis ubat, kira level ubat dan buat keputusan sama ada toxic/tak, dan buat recommendation tentang perkara yang perlu dibuat.

Hari ketiga dan seterusnya berlalu seperti biasa. Masing2 keep on updated dengan hal2 yang dilalui, walaupun cuma berjumpa sekejap2 sahaja..Dan semalam, kami semua telah menyerahkan borang permohonan cuti raya  kepada Mr. Leong(Semangat nak raya ni.. Hehe. Tapi, sebenarnya due dat edah tamat untuk pharmacist yang lain. Kami diberi kelonggaran untuk hantar borang lewat sedikit...)

Erm, tulah serba sedikit tentang apa yang dibuat sekarang..Sepanjang seminggu di TDM, banyak perkara yang dapat dipelajari..Alhamdulillah, moga ALLAH sentiasa pandu jalan yang dilalui ini. Ameen.

p/s: Terima kasih tak terhingga untuk suamiku yang berkorban jiwa raga demi menolong meringankan beban isterimu ini..Oh, sungguh aku bertambah cinta! =) Tq ALLAH.