Monday, November 15, 2010

..Hanya Tuhan Yang Tahu..

Salam.
9 ZulHijjah 1431

ALLAH,
Terima kasih kerana membenarkan kan ku merasai nikmat perkahwinan, suka duka bersama suamiku. Masa begitu pantas berlalu, hingga kurasakan cepat sahaja usia kita meningkat naik.

Ketika dulu waktu ku samar-samar dalam lamaran darinya, maka aku hanya bersandarkan agama yang ada padanya wahai ALLAH.. dan ternyata benar kata hadis, memilih yang beragama, tidak mengecewakan. Hakikatnya, memilih yang BERAMAL dengan agama, tidak mengecewakan. Alhamdulillah.

ALLAH,
Aku berterima kasih kerana mengurniakan suami sebaik dirinya. Selalu saja aku terfikir bahawa aku tidak layak untuk dirinya. Aku yang miliki latar belakang agama yang lebih baik, tapi suamiku yang lebih menjadi contoh buatku. Mengingatkan aku tentang itu dan ini..Hingga kadang-kadang aku malu dengan diriku sendiri ALLAH..

Aku bangga punyai suami sepertinya. Sungguh! Dialah suamiku yang tidak segan silu memegang tanganku ke mana sahaja ketika berjalan. Dialah suamiku yang tidak segan untuk mencium dahiku setiap kali usai solat dan ketika hendak berpergian. Dia jugalah suamiku yang tidak berkira menolongku menyelesaikan kerja rumah. Membuat itu dan ini, tanpa banyak kata..Dialah ALLAH, suamiku yang boleh diharap untuk menjaga anak kami saat ku terpaksa penuhi tuntutan lain. Yang paling ku terharu, dialah suamiku yang akan memberiku nafkah bulanan, walau hakikatnya, dia juga adalah pelajar sepertiku.

***********************************

Suamiku,
Aku tahu aku tidak mencapai tahap solehah yang engkau dambakan. Aku faham, selalu saja engkau kecewa dengan sikapku. Ya, kita punya rasa, dan kadang-kadang matlamat yang berbeza. Bukan sedikit kalinya, aku berkecil hati dengan sikapmu yang bagai tiada minat untuk mendengarku. Kadang-kadang, ditolak mentah-mentah begitu sahaja. Jika tidak pun, diam membisu seribu bahasa..Suamiku, aku faham kamu punya ego, tapi diriku juga punya rasa..

Kadang-kadang, apa yang perlu bagiku, tidak perlu bagimu. Bagiku, hidup boleh diindahkan dengan usaha. Bagimu, cukup sekadar sederhana sahaja. Bagimu, cukup sahaja jika boleh  makan nasi berlauk garam setiap hari. Asalkan dapat makan. Bagiku, kadang-kadang ada lauk-pauk yang sedap-sedap, itu sangat beerti..

Suamiku,
Aku faham adat berumahtangga. Kadang-kadang ada yang merasa, ada yang terasa. Apa-apapun yang berlaku, ingin ku tegaskan bahawa aku sangat bahagia bersamamu. Walau jarang-jarang aku berkata begitu, aku sangat senang dan bersyukur memilikimu. Aku fikir, aku tidak mungkin dapat mencari pengganti dirimu. Yang benarnya, aku tidak pernah terfikir begitu sekalipun.

*************************

ALLAH,
Aku punya cita-cita. Agar aku menjadi bidadari suamiku di syurga. Aku tahu, bahawa aku ini insan yang lemah lagi hina.Maka oleh itu ALLAH, kuatkanlah aku. Kuatkanlah aku. Kuatkanlah aku..Janganlah kau palingkan dirimu dari diriku. Hakikatnya, aku perlu mu ALLAH.

Suamiku,
Aku punya cita-cita. Agar aku bisa menjadi bidadarimu di syurga sana. Aku tahu , bahawa aku ini insan yang lemah lagi hina. Maka oleh itu suamiku, bimbinglah daku..supaya aku berhasil menjadi penghuni syurga.Agar dapat menemanimu sampai bila-bila..Tegurlah aku. Bimbinglah daku..Janganlah putus asa denganku. Hakikatnya, aku perlu kamu, suamiku..

******************************************
ALLAH,
Bimbinglah kami mencapai redhamu. Pandanglah kami dengan kasih sayangMu. Penuhilah kehidupan kami ini dengan keberkatan, mawaddah dan rahmah dariMu. Tiada yang lain kami dambakan selain redhaMu.. Masukkan kami ke syurgaMu ALLAH. Temukan kami semula di syurga sana..Ameen

Suamiku,
Aku bahagia. Aku mahu kekal begini sahaja sampai bila-bila. Moga ALLAH sentiasa menjadikan dirimu memahami diriku, dan menjadikan diriku memahami dirimu. Aku tahu, kita baru sahaja berkenalan. Baru 2 tahun cuma. Oleh itu, aku harap agar kita akan berusaha kuat bersama-sama untuk masa depan yang kita inginkan. Untuk anak-anak yang bakal dilahirkan. Moga kita mampu menjadi sahabat terbaik mereka.

Aku tahu aku banyak salah. Banyak khilaf dengan dirimu. Maafkan ku suamiku. Aku tidak bermaksud untuk tidak menghormati kamu. Malah, aku junjung tinggi dirimu, suamiku. Cuma, mungkin kita perlu lebih masa untuk saling memahami dan mengenali dengan lebih mendalam. Kadang-kadang, kita tersalah tafsir perbuatan masing-masing.Yang pasti, kita tidak punya banyak masa bersama. Kiamat makin dekat. Jadi, aku ingin gunakan masa yang ada untuk kamu suamiku. Aku minta maaf atas segalanya. Maafkan aku..

Aku tahu aku tidak setabah Siti Hajar atau sepintar Saidatina 'Aisyah atau setinggi semangat Khaulah Al-Azwar, tapi aku tetap mahu jadi seperti Khadijah.. Yang diingati Nabi sepanjang hidupnya..Yang dirindui selalu oleh Nabi selepas ketiadaanya..Yang ditangisi Nabi bila terkenangkannya..

Aku doakan yang baik-baik sahaja untuk dirimu dan keluarga kita, insyaALLAH..

***********************
Suamiku,
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-2.
I H.E.A.R.T you, L.O.V.E
                                                                                                                                                 
p/s:
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” 
 (HR At Tirmidzi disahihkan Al-Albani)
Hampir maghrib tadi, wukuf hari Arafah. Maka, ini doaku.. Ameen ya Rabb.