Salam.
Alhamdulillah, exam dah habis. Moga semua pun akan beroleh natijah yang baik. Amin..
Ni, kerja sekolah tertunggak dari kawan baik Namie.. =) Sebelum tu nak minta maaf la ye, tak daya nak fikir sampai 25, sebab setiap satu pun diexplain secara panjang. Hanya isi waktu senggang, tunggu walid habis buat kerja kat library ni.
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 10 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated.''
DULU
1. Saya adalah anak sulung dari 7 orang adik beradik. 6 perempuan, 1 lelaki. Anak sulung, dan anak paling nakal. Mak cakap, tak jumpa dah anak macam saya..Tapi, sekarang saya dah makin berubah menjadi baik..Dah puas jadi nakal dah..Erm , nakal juga sebenarnya, tapi dengan suami je kot =p
2. Zaman sekolah, zaman yang cemerlang, terbilang bagi saya. Secara akademik dan kokurikulum. Masuk kuiz, pantun, sukan, lompat tinggi, lompat jauh, lari 4x100m,4x200m, merentas desa, koir, solo singing, main piano, pianika, recorder.. serba serbi boleh! =p Aktif lah.. Tapi antara semua2 tu, yang berbekas sampai sekarang, adalah kegemaran pada muzik. Hee, rasanya kalau abah tak hantar masuk sekolah menengah agama, sekarang ni saya boleh jadi ahli muzik kot.. =p Sekarang ni, kalau jumpa piano baby yang kecik tu pun, sempat lagi nak lepas 'gian', main lagu2 yang cikgu 'wariskan' kat sekolah rendah. Siap ajar suami lagi, dengan BANGGAnya
3. Sepatutnya sambung belajar di Sekolah Menengah Sultanah Asma, tapi selepas seminggu orientasi, kami dibenarkan balik rumah masing2. Masuk je dalam kereta, abah bagitau dapat tawaran ke Maktab Mahmud. Esoknya bila g daftar, saya sorang je yang pakai baju sekolah biasa, yang takde cekak tu, dan tudung biasa, bukan tudung labuh yang MMAS pakai (MMAS ada style tudung unik dari yang lain).
4. Sebenarnya, saya tak pernah tahu kewujudan sekolah tu pun, hanya g interview, sebab ustaz KAFA yang suruh..Tu pun, kat Langkawi, sebab dah terlepas interview cawangan utama. Jadi, haruslah sesat hari pertama kan, g daftar kat sekolah 'putera', bukan 'puteri'
5. Kat MMAS puteri, semuanya kena 'dijaga'. Hasilnya, habis hilang semua nilai2 'muzik' (tapi tak lupus) yang diajarkan oleh cikgu sekolah menengah. Sukan semua tak aktif dah. Kokurikulum pun, ada pilihan bulan sabit merah dan puteri Islam je. Masuk Puteri Islam, sebagai ahli lelap sahaja. =p Dulu, selalu kondem MMAS sebab tak hebat macam sekolah lain. Bangunan buruk, belajar banyak 17 subjek..Tapi, tiap2 tahun, sultan Kedah akan bagi hadiah. Time PMR, first time dapat merasa terima hadiah dari Sultan. Excited! =)
6. Antara semua dalam famili, saya je yang sekolah agama. Dulu, saya memberontak dan ada krisis identiti sebab 'lain' dari adik2, tapi sekarang saya sangat berterima kasih kepada kekerasan hati mak abah hantar ke sekolah agama. sekarang, saya adalah saya. Alhamdulillah.. =)
7. Dulu lepas SPM. dapat tawaran ke PLKN. First batch tu. Saya suka, memang suka pada hal yang 'adventure', kawat2, ala-ala camping gitu. Sewaktu belajar, tak pernah ikut camping sebab abah tak bagi. Tapi, tak dapat teruskan hasrat sebab sambung belajar kat DQ..Lepas tu, tiap2 tahun datang surat suruh mintak tangguhkan PLKN, dan akan dapat sijil penangguhan. Tapi, setelah beberapa tahun kebelakangan ni, dah takde pun. Rasanya, kerajaan dah tak sempat handle dah kot. Ramai kan yang masuk program tu..Hmm, mencapai objektif ke tak, kenalah tanya orang yang pernah merasa..
SEKARANG
8.Saya adalah pelajar tahun akhir kursus farmasi, UIA Kuantan kampus. InsyaALLAH bakal menamatkan pengajian pada April depan. Doa-doakan ye
9. Dulu tak pernah terfikir pun untuk menjadi ahli farmasi, tak tau pun 'pharmacist' tu ape..Tapi memang berminat untuk involve dalam medical-related field. Agaknya, ALLAH nak tunjukkan jalan kehidupan kot, sewaktu isi permohonan, saya letak pilihan 1. Medic 2. Pharmacy 3. Allied Heatlh Science. Tapi, right before hantar borang, tergerak hati untuk padam pilihan 1 dan 3.. And here i am now. Alhamdulillah.. =) Anda boleh jadi pharmacist yang pelbagai, tambah2 bila anda adalah pelajar UIA
10. Happily married to Ahmad Zainol Arifin Ibrahim, pelajar kursus perubatan dari universiti yang sama. Tq ALLAH! Mahu kekal begini..Betul orang cakap, ALLAH akan 'bagi' orang yang complement, kerana ALLAH Maha Tahu =) Bagaimana ceritanya? Sini . Moga kekal hingga syurga. Amin ya Rabb.
11. Kami berkahwin pada 07122008, bersamaan 9 zulhijjah 1429. Sehari sebelum raya haji. Tarikh ni, mak abah yang cadangkan sebab si suami ni sangatlah kurangnya waktu cuti. Tu pun, lepas akad, terus je balik semula ke Kuantan sebab ada kelas =) Lepas tu, baru kami sedar yang tarikh ni sama dengan nombor matrik kami 0712***. Significant tu..
12. Punya seorang anak, Damia' Rujhaa. Sebenarnya dah lama suka nama baby yang start dari huruf D. Waktu adik yang bongsu lahir, nama Damia' ni telah diusulkan, tapi di reject sebab 'modern' kot. Bila mengandung, dapat buku nama2 anak dari kawan, memang tak tengok huruf lain dah =p
13. Sebenarnya waktu awal-awal mengandung dulu, kami sediakan nama lelaki untuk anak. Sebab dah selalu cari nama, berkenan nama Darwisy..Sangat suka! Maksud pun baik = yang warak. Siap bila suami launch blog ni sebagai surprise, dia dah letak nama Diari Darwisy. Tapi, sebelum operation bersalin, pagi tu baru tahu, akan dapat baby girl.. maka, kalutlah kami fikir nak nama apa =p Suami pilih Damia', berbanding Dania.. Waktu tu, saya masih tak larat, jadi layankan aja, asalkan bermula huruf D =) Maksud baik, insyaALLAH ok.
14.Sebelum kahwin, boleh bilang dengan jari, berapa kali je saya masak. Selalunya, tugas masak, kakngah yang buat. Tapi,sekarang bolehla sikit-sikit.Tambah-tambah bila dapat hadiah oven dari klasmate suami, lagila aktif saya bekerja,sebab saya suka benda yang berkaitan dengan 'bake', melebihi 'cook' =)
15. Ok. ini mungkin pelik. Saya tak suka makan ayam. Sangat suka ikan. Berbanding suami, dia sangat suka makan ayam. Tapi sejak mengandung, rasa nak makan ayam tu datang..dan kekal sampai sekarang..Gara-gara damia' la nih =p
MASA HADAPAN
16. Plan kami, anak2 akan dinamakan dengan huruf D.. Yang lelaki, akan ada Ahmad sebab nama suami mula dengan Ahmad juga. Lagipun, itu sebaik2 nama kan? =) Yang perempuan pula, akan ada 2 perkataan. Start dengan D dan satu perkataan lagi akan ada huruf ya maqsurah..Hehe. Faham ke? Contohnya, Damia' Rujhaa.. Rujhaa tu, ejaannya = ra, jim, ha, ya maqsurah.. InsyaALLAH adik-adiknya pun akan mengikut style begitu juga..Dah ada list name pun
17. Ada harapan untuk salah sorang daripada anak-anak kami untuk jadi arkitek. Supaya boleh bina rumah untuk ibu dan walid =) Setakat ni, harapan tu kepada Damia'. Jadi, siapa-siapa yang berbakat melukis tu, sila la ajar Damia' ye.. Abah saya pun berbakat, moga gene tu turun kat Damia'. Ameen =p Kalau ye, bolehla Mia' buat satu rumah untuk maktok dan tokwan juga kan? Tokwan banyak je design, tapi, belum ada rezeki punya rumah yang dibina sendiri. Mudah-mudahan kami sempat menyumbang. Ameen.
18. Ada hati untuk miliki satu kedai bakery. Dari dulu lagi. Sebenarnya, lepas PMR mintak kat mak nak masuk sekolah teknik, nak amik bahagian masakan macam tu la. Tapi, mak bantah. Mak kata, 'kalau sekadar nak masuk sekolah teknik, buat apa susah-susah dapatkan 9A?' =p Tapi, nasib baik juga. Sebenarnya, boleh je balajar skills tu. Banyak je offer bengkel kelas masakan sekarang kan?
19. Nanti bila dah stabil, mungkin akan beralih arah ke bidang lain pula. Tengoklah, mudah-mudahan..Suami pun berhasrat begitu..Mungkin akan ada kedai farmasi,mungkin jadi lecturer atau mungkin jadi suri rumah sahaja. Sekarang ni, business dari rumah, tak mustahil pun kan =)
20. Ada hati nak bawa kedua-dua mak abah ke Makkah. Suami cakap, jangan bangga kalau kita asyik melancong ke negara lain, kalau ke Makkah kita tak rasa nak g..Huhu~ ....Sebab saya ada impian untuk ke satu tempat ni -Venice. Tapi kan, setiap kali fikir pasal pakaian, baju, jubah, blouse, mesti rasa nak dok kat Bandung =p
Ok. Dahla tu. Tak larat nak fikir dah. Yang lain..biarlah rahsia ^_^