Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, telah meningkat dua kai ganda dalam
tempoh empat tahun, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Semasa sesi soal-jawab pagi ini, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta. [READ MORE]
Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.
Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.
Kenyataannya itu mengundang reaksi daripada Nga Kor Ming (DAP-Taiping) - yang mengajukan soalan tersebut - dengan menyatakan bahawa perundingan langsung itu bertentangan dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Model Ekonomi Baru (MEB).
Sumber: Malaysiakini
p/s:
1. Alhamdulillah..berkat duit rakyat..blh bina Istana beratus juta..=) byk btol laa duit Malaysia ni sbnarnya..
2. Alhamdulillah juga.. berbaloi la jugak tarik subsidi...blh bina Istana besar2.. Istana lama nanti blh buat muzium..
3. Alhamdulillah..Malaysia dikurniakan pemimpin yang sangat 'bijak' dalam ekonomi..
4. rumah PM kat Putrajaya pulak nak buat ape ye?? PM asik dok umah dia kat Jalan Duta je.. byk nye duit nak byr sewa kat Putrajaya Holding.. =) ape kate umah PM kat Putrajaya tu kite buat Rumah Anak2 Yatim.. Berkat duit rakyat..=)
5. syabas Malaysia.. Anda rakyat Malaysia?? anda berbangga?? ...saya tidak...