assalamualaikum..lama kiranya walid tak menulis sesuatu di blog ni.. bkn ketandusan idea...tp kemalasan jiwa.. haha.. pejam celik dan hampir 6 minggu walid berada dalam posting surgery.. best?? boleh la.. surgeon2 pun sempoi2 belaka so tak la stress sgt..
jd entri kali ni walid nak ceritakan tentang aktiviti kami sekeluarga pada sabtu yg lepas yg byk diisi dgn perkara2 berfaedah... dan byk perkara terjadi yg boleh di jadikan iktibar...
PAGI:
pagi sabtu hajatnya nak bgn awal kononnya nak tgk sunrise kat Teluk Cempedak.. huhu.. plan dari semalam lg..teringin sgt nak sunrise sbb lama tak tgk.. dolu2 selalu la gak g... tp atas komitmen masa, terpaksa la tertunda.. TP....malangnya.. mata kami SEKELUARGA cukup kejap tertutup rapat.. huhu..lepas subuh sungguh berat mata.. baik mata walid, mata ibu..bahkan mata Damia'...suma gagal melawan gelora mata yg menggoda..hohoh.. akhirnya gagal lg la misi menjengah pesisir Teluk Cempedak.. bgn2 dan pukul 8 pg.. ngeh~ siap2 semua..kami bertolak ke UIA sbb ada misi lain..iaitu misi Medical Checkup bersama Team Ibn Sina'...di Bukit Pelindung.. suma walid kaut..ibu...Damia'.. huhuh g sana mujur jd runner je so blh la melayan famili sambil2 tu..program ni sempena Forum Ad-deen yg akan berlangsung pada sebelah malamnya.. nnti walid cerita pasal forum ni..
so..medical checkup ni tamat pada tghari.. lepas solat zuhur, Ust. Nasruddin Hassan At-tantawi ajak kami makan kt rumah dia.. fuhh..seryes sedap! then kami pun pulang...
PETANG:
lepas solat asar kami sekeluarga ke Teluk Cempedak..menebus kekecewaan tak g pg td..
kami pulang lebih kurang pukul 7 selepas sepetang bermain2 dgn air laut.. guest wut?? Damia takut air laut.. ngeh~ mcm ibu..
MALAM:
hajat hati nak ajak sekeluarga g Forum tu lebih2 lg bilamana Ust. Nasruddin jmput sndiri masa mkn tghari kat rumah dia td tp memandangkan ibu n Mia dah letih..so walid ajak la beberapa kawan lelaki teman.. forum ni bertajuk "PERLAKSANAAN SYARIAH DI MALAYSIA...".. ahli panel terdiri daripada :
1. Ust. Nasruddin Hasan At-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) sendiri selaku tuan rumah.
2. Dr. Asri Zainal Abidin
3. Dr. Aziz Bari
pusingan pertama berjalan lancar di selingkan dgn lawak2 berisi dari panelist..tp keadaan berlaku sebaliknya bilamana beberapa pegawai JAIP naik ke belakang pentas mengajukan surat pekeliling membantah Ust Asri teruskan berforum atas alasan yg tak dpt di pastikan.. mgkin kerana kes samannya masih trial di court.. ataupun ia bersangkut paut dgn kisah pelik yg berlaku di Selangor yg mana dikatakan Ust Asri tak layak berceramah agama atas alasan tiada tauliah (PELIK!! sedangkan PhD nya sndiri datang dari UIA... pihak UIA mngiktiraf ilmunya..ape besar sgt tauliah2 itu.. Allahu Robbi!!).. keadaan mnjadi tegang bilamana Ust Asri mula meninggalkan majlis, di kawal ketat oleh Unit Amal PAS bg mngelakkan Ust Asri diapa2kan.. dan beliau terus menuju ke rumah Ust Nasruddin yg kebetulan berada berhampiran dgn Surau Ar-raudhah itu..
maka bermula kembali episod hitam dakwah islamiah di Malaysia.. menular dari Selangor terus ke Pahang... bilamana pendakwah di halang mentarbiyah ummah.. sedangkan ummah dahagakan ilmu2 agama... pelik!! kan ke bagus kalau JAIP pergi buat serbuan kat Teluk Cempedak ke...hotel2 budget area kuantan ke..pasti paling tidak dapat cekup makhluk2 yg melakukan maksiat... hmmm...
terus...forum tersebut bertukar menjadi hangat.. dapat dirasakan betapa Ust Nasruddin begitu marah dgn apa yg berlaku.. disahut dgn takbir dan sorakan para hadirin.. menghangatkan suasana malam tersebut...
terus.. Allah mencerminkan secara praktikal bagaimana sukarnya nak melaksanakan syariah di Malaysia, tepat dgn topik forum yg dibincangkan malam itu..
terus..walid bersetuju dgn pndapat seorang panel..jika benar Malaysia ini negara islam..dan Malaysia ingin memartabatkan syariah di Malaysia, panel tersebut mncabar kerajaan memindahkan kes liwat DS Anwar Ibrahim dari mahkamah sivil ke Mahkamah Syariah (yg mana sepatutnya begitu)..
tuptup...dah azan subuh..di pagi ahad yg mendamaikan... ngeh~
begitulah sayugia tercerita ape yg walid sekeluarga buat sepanjang sabtu lalu.. sory..entri kali ni kurang gnbar... T_T samalah2 kita bangkit dan muhasabah.. jgn sekadar angguk pada apa yg kita dgr tnpa mngetahui ape yg sebenarnya berlaku... Wallahualam~~