Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Damia' dah besar. dah 7 bulan lebih. Alhamdulillah.. =)
Sekarang, banyak pencapaian yang boleh dibanggakan tentang anak kecil ini :
1. Dah start buat aksi 'fly' atau 'berkuak2'..Tandanya nak start improve kot, dari meniarap. insyaALLAH..Almaklum, badan ringan je..
2. Sangat kenal dengan ibu dan walidnya..Dah start sebik / sedih bila ditinggalkan..
3. Ibu rasa dia ada extra bond kot dengan walid. Almaklum, walid selalu layan dia.. Malam2 sebelum tido, walid selalu nasyid/zikir kat dia..Jadi, dalam 3 mingggu walid kat Temerloh ni, dia akan menangis tanak tido untuk malam pertama walid tinggalkan dia. Rindu kot, walid...? =p Setiap kali pun begitu...Erm, mujurlah minggu ni adalah minggu terakhir walid kat Hosp. Temerloh.. =) Ibu suka, damia' pun suka..
4. Tak suka ditinggalkan sorang2. Nak kena layan dia main..Acik Wani cakap, maybe sebab dia dah besa dok kat nursery yang ramai budak2 tu, jadi dia 'tension' dok sorang2... =p Resultnya : Ibu kena pasang itik quack2 dia time ibu solat, supaya dia bertenang..ada itik temankan.hee~
5. Dah tau, bila ibu sibuk bersiap2, itu tandanya nak berjalan g mana2..Jadi, bila mahu diangkat, dengan lebarnya Damia' akan senyum dan tangannya pun macam 'terkapai2' minta diangkat.. =)
Tapi, despite all of that, ibu risau juga sebenarnya.. Kali terakhir follow up di klinik kerajaan bulan lepas, nurse cakap berat Damia' sikit sangat - 4.3kg je..Erm, kecil kan untuk baby seusia itu? Nurse cakap, damia' di tahap 'kekurangan zat makanan yang teruk' (-_-) Bila ibu belek2 kad klinik tu, dapatlah disimpulkan bahawa berat Damia' naik 300g je every month! Berbeza dengan time dia kat NICU dulu, setiap bulan naik dekat 1kg... =(
Ibu terfikir2 la kenapa, sebab Damia' tak naik sangat beratnye..Erm, doktor pun insist on the importance of breastfeeding, sebab banyak khasiatnya.. Erm.. =( Unfortunately, ibu tak dapat sediakan.. =( Sedangkan orang yang menyusu pun akan berdepan denagn masalah kekurangan susu, inikan pula bila hampir 2 bulan pertama takde stimulation dari baby, sejak awal lahir dulu..Bukan ibu tak nak..Ibu berada dalam medical - related field, mestila ibu tau dan mahu! Hmm, mujur walid faham...like owez =)
Mungkin ibu perlu galakkan dan biasakan damia' dengan nasi yang diblender kot.. Bukan tak buat, tapi dia nak susu, melebihi nasi atau nestum.. Kat nursery pula, bila ibu buat dan hantar ke sana, tak taula Damia' diberi makan ke tak...alih2 dah basuh bekas makanan tu..sebab susu pun kadang2 skip juga...Orang cakap 150ml, dia buat 80ml je.. cane nak besar, damia'..? =p
Hmm, tapi ibu wonder juga...Mungkin normal kot bagi seorang bayi premature untuk tak ikut standard growth chart..Tambahan pula, Damia' lahir dengan berat sebanyak 800g cuma.. Possiblekah untuk dia berada 'at par' then?
Apa2 pun, ibu bersyukur atas Damia' yang sentiasa lincah dan kuat semangat tu =) At least, Damia' sihat dan mengalami emotional development yang agak memberangsangkan, kan? Yap, grow well, dear! Penguat semangat ibu dan walid ni ^_^ Verily, alhamdulillah..
P/S : Sape ade tip yang boleh dikongsi bersama?