Salam.
Semalam, hari pertama ibu night shift. Masuk kerja pukul 11pm. Balik pukul 7am. Tapi tadi sampai rumah pukul 9am..Terus zzzzzzzzzzzzz =) Erm, hari ni walid dan Damia' je yang ke sekolah. Japgi, ibu g ambil lah kat hospital nun. Ibu 'off ' hari ni..
Alhamdulillah, permukiman di bahagian OPD(Out Patient Department) fasa 1 sudah berakhir. Erm, kat bahagian OPD ni, ada 3 fasa. Fasa 1, di Farmasi Makmur(FM) dan fasa 2 di Farmasi Klinik Pakar(FKP). Then, ulang lagi sekali kat FKP nanti.
Sepanjang kat FM, ibu belajar cara screening prescription, filling ubat dan akhirnya dispense ubat. Banyak juga lah kaunseling yang dibuat, terutama pasal ubat antibiotik, anti-asthmatics dan ubat kencing manis.
KAUNSELING
Secara amnya, ni adalah beberapa tips untuk ubat2 yang biasa digunakan.
1. ANTIBIOTIK - untuk 'bunuh' bakteria (kuman).
- Tablet/ Kapsul : Selalunya kena makan antibiotik untuk 5-7 hari. Ubat biji, pharmacist akan kira bagi cukup2. So, kena habiskan. Kalau tak habiskan, bimbang nanti bakteria jadi kebal. Kena pakai ubat yang lagi kuat pula nanti.
- Sirap/Suspension : Makan hingga beberapa hari sahaja, seperti yang ditentukan doktor. Lepas dari hari tu, kalau ada baki, buang je. sebab dos dah cukup. Ni selalunya untuk pesakit2 cilik/muda lah. Depa kan susah nak telan ubat biji.
2. UBAT ASMA
-Selalunya, ubat asma ni, melibatkan penggunaan inhaler lah. Ubat sedut tu. Ubat sedut ada 2 jenis yang selalunya dipakai:
a) Warna coklat (Budesonide) : Ni ubat untuk maintenance. Nak bagi salur pernafasan sentiasa ok. So, ubat ni memang kena sedut setiap hari. Semput ke tak, kena sedut, nak maintain bagi ok.
b) Warna biru (Salbutamol) : Ni ubat untuk kelegaan cepat. Pakai waktu kena serangan asma. Kira untuk fast relief lah. Yang ni, guna bila perlu sahaja (bila dapat serangan akut).
3. UBAT KENCING MANIS
- Ubat kencing manis, selalunya kaunsel pasal teknik pakai insulin pen lah. Panjang ceritanya. Boleh rujuk sini. Selalunya, orang anggap, kalau guna insulin, tu maksudnya kencing manis dah teruk. Orang ramai kadang2 skeptikal sikit. sebenarnya, penggunaan insulin lagi bagus untuk jangka masa panjang, sebab dia membantu menjaga si pankreas yang dok hasilkan insulin tu. Tapi, ramai yang takut sebab fikir, insulin tu kena inject. Sakit. Ubat biji, senang, telan je..
CARA HIDUP VS. UBAT
- Penyakit asma, kencing manis(diabetes), darah tinggi, tergolong dalam penyakit kronik. Maksudnya, dia tak boleh disembuhkan (setakat ni lah ye, merujuk kepada perubatan moden), tapi boleh dikawal. Untuk kawal sakit2 ni, sebenarnya cara hidup memainkan peranan yang amat besar berbanding tahap 'akur' dengan pengambilan ubat2an. Ye, kalau ambil ubat 'rigid' macam mana pun, tapi makan taknak jaga, nak riadhah pun malas, memang susahla. Makanan lah yang menjadi penyebab selalunya, bak sabda Nabi yang lebih kurang bermaksud, 'Banyak penyakit tu datang dari perut'. ALLAH pun dah ingatkan kita dengan firmannya dalam surah Al- A'raf, ayat 31 yang bermaksud :
"Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebihan, sesungguhnya ALLAH SWT tidak suka orang yang berlebih-lebihan. "
Ok. Cukuplah kaunseling sikit2. Benda basic je dulu..
NON-JUDGMENTAL
Baik, nak cerita, dok kat FM ni, fokus ubat-ubatan yang diberikan adalah untuk pesakit yang baru keluar wad (discharged patient), pesakit psikiatri (bahasa kasar : ubat orang gila), dan juga anti-retroviral drug (ubat untuk orang yang ada HIV/AIDS).
Duduk di sini, ajar ibu supaya tak jadi judgemental. Yap, dulu dok kat U, bila pensyarah tanya, apa ciri2 kita sebagai pharmacist, maka salah satu jawapan yang keluar adalah 'being non-judgemental'. Maksudnya, tak menilai pesakit lah.
Contoh 1 : Dia ni datang nak ambil ubat yang HIV patient dok ambil, maka kita pun dok bayangkan yang dia ni dulu suka suntik2 lengan, kongsi2 jarum, tukar2 pasangan dalam seks bebas, 'liar'..tanpa kita ketahui pun, apa yang berlaku sebenarnya. Hakikatnya, hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu.
Contoh 2 : Dia datang nak ambil ubat terkawal, DD (Dangerous drug). DD ni, bukan semua orang pakai. Special case je.Ubat tidur tu, termasuk dalam DD. Ok, katakan dia datang nak ambil ubat tidur/ penenang, maka kita pun dok bayang dia ni, ada depresi, tekanan, gila (GILA,definitely, is a very strong word tau).. Tanpa tahu, pesakit ni sebenarnya memerlukan ubat tidur untuk sebab yang lain.
Contoh 3 : Doktor bagi ubat untuk anak dia, yang termasuk dalam kategori 'ubat psikiatri'. Maka, dia taknak bagi anak dia makan, sebab tu 'ubat untuk orang gila'.Ya, memang tu ubat yang orang gila selalu makan, tapi tak semua yang makan tu, gila. Erm, kadang2 blur juga nak terangkan pun..
Jadi, jangan dok sibuk2 lah nak fikir bukan2. Tengok ALLAH, Dia pandang taqwa kita je. Lagi satu, ALLAH pandang usaha, bukan hasil, macam manusia pandang. Ye, ni pun kadang2 buat ibu geram. Kalau fail exam, cakap tak cukup usaha lah, banyak mainlah,padahal hanya tuan badan je yang tahu, betapa pulunnya dia untuk lulus exam..pastu mula lah kita nak labelkan orang sebagai lembap, lampi, bodoh, payah bulih..etc..
Atau, kalau ada orang yang lebih berjaya, mulalah kita nak cakap, nasib dia lebih baik, padahal kita taktau, betapa pulunnya dia untuk dapat kejayaan tu..kan?
Atau, ahli pharmacist yang baru macam ibu (PRP), buat salah sikit, terus di 'mark', padahal we're still adapting ourselves into clinical (practical) setting. Konfirmlah lain dengan teori yang belajar selama 4 tahun di U.
Jadi, let's try stopping ourselves from being judgemental then. Jom, layan buah tangan ibu untuk semua, mari belajar bersyukur dan menerima semua orang seadanya - fibromyalgia : true story & Aku HIV positif (true story)
P/s :
Teringat Ustazah cakap, 'Keredhaan manusia itu tinggi, susah untuk digapai. Maka, cari sahaja redha ALLAH. Dialah Yang Paling Maha Adil dalam menilai kita ' ^__^