RAKYAT DIDAHULUKAN
D : Baik, kamu pernah dengar tentang rakyat didahulukan..
I : Pencapaian diutamakan..
D : ok, bagitau saya apa maksud rakyat didahulukan..
I : (Terus ingat kata2 Iqa yang bagitau pasal kata2 PM pasal ni, lalu menyebut).. Kita hendaklah ada prinsip, berfikir,bertindak seperti seorang rakyat Malaysia dan kita consider etnik2 yang lain di dalam Malaysia, sebelum membuat keputusan..
D : Ye, apa pula ‘kita’..kalau cakap pasal kita ni macam mana rakyat nak didahulukan?
I : Maksud saya, ‘kita’ di sini adalah rakyat (merujuk diri sendiri sebagai rakyat Malaysia)
D : Tak, kalau cakap pasal ‘kita’ ni, bukan rakyat. Kita yang ada kat kerajaan ni. Kalau asyik fikir kita je, rakyat didahulukan macam mana?
I : ..?
D : Saya nak satu perkataan sahaja untuk terangkan ‘rakyat didahulukan’..
I : (Satu patah perkataan je?)..Erm, kita patut serve rakyat..
D : Ok, dalam bahasa Melayu, ape
I : (Serve, dalam BM.....Hmmm..lalau terkeluar perkataan lain..) Keperluan
D : Ya, kita ni kena dahulukan keperluan rakyat. Bukan kita je.Kita ni, perlu berkhidmat untuk rakyat, tak kira apa pun.Kerajaan bersusah payah buat tu, buat ni, untuk rakyat la..
I : (erm, bukan tu memang hak rakyat ke? Kami bayar cukai kot =p)...
D : Kerajaan ni buat macam2 untuk rakyat, semua nak bagi kesenangan untuk rakyat. Kena dahulukan keperluan mereka. Ha, apa yang kerajaan buat untuk rakyat?
I : Pembangunan luar bandar dan kawasan pedalaman, peningkatan taraf hidup rakyat luar bandar dan prasarana, kemudahan pengangkutan awam, kemudahan pendidikan, tingkatkan kualiti semua, cuba turunkan kadar jenayah.....
D : Ya, memang kita ni duduk dalam kerajaan kena bantu kerajaan untuk memudahkan rakyat...bla bla bla..tak boleh pentingkan diri...bla bla bla..Hmm, ok. Mr. Leong... (isyarat dia dah habis cakap)
KAWASAN PEDALAMAN
P : Baik, cik Nur ‘Atiqah..
I : Ya
P : Kamu boleh tak, jika dihantar ke kawasan pedalaman?
I : Erm, secara jujur kalau boleh saya nak dekat dengan suami. sekurang2nya pada tahun pertama perkhidmatan - PRP. Sebab saya ada tanya pendapat pensyarah yang mengatakan bahawa PRP ni agak tough. Tahun untuk melatih ahli farmasi. Jadi, saya lebih selesa jika berada dekat dengan suami. Kami ada anak. Jika ada kecemasan, bolehlah harapkan suami.
P :...kalaulah kamu dihantar ke Lipis?
I : Saya tak pernah ke Lipis dan jika Lipis dikategorikan sebagai kawasan pedalaman, saya tak punya masalah ke sana, kerana tanggungjawab utama saya adalah untuk memberi maklumat kepada masyarakat dan membantu meningkatkan taraf kesihatan rakyat..
TANGGUNJAWAB PHARMACIST
Tiba-tiba Dato’ mencelah,
D : Maaf saya ingin mencelah..katakanlah, kamu ditakdirkan berpisah, jauh dari suami, bolehkah kamu terima keadaan tu?
I : Secara jujur, saya tidak kisah, tetapi secara personal akan jadi agak sukar kerana kami dah ada kemudahan di sini, ada rumah ada kereta, anak pun dah ada nursery. Jika berpisah, semuanya akan terbahagi dua..(nak tambah, kos akan bertambah, lebih2 lagi bila saya akan mulakan kerja dahulu)..
D : Baik, kita ni bila dah berkhidmat dengan kerajaan, kenalah utama rakyat, melebihi keperluan sendiri.Kamu tahu beza kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri?
I : ...
D : Kamu nak kerja dengan kerajaan persekutuan ke, kerajaan negeri?
I : Kerajaan Persekutuan
D :Ya. Kerajaan Negeri?
I : Kerajaan Negeri Pahang..
D : Bukan..Kerajaan negeri, kamu tak boleh g mana2.Ada dalam negeri tu je. Kerajaan Persekutuan, the sky is your kampung. Campaklah kat mana pun, kamu tetap kena berkhidmat. Kita ni kena dahulukan rakyat. Family, tu hal belakang kira. Tak bolehlah kalau asyik nak ikut diri sendiri.. Sebab tu kita ada SPA, yang menguruskan penempatan..bla bla bla..Ya, kita tak bolehlah nak salahkan takdir, jodoh kamu awal, tapi tak bolehlah nak langgar peraturan. Kita ada laws, kena ikut law, tak bolehlah nak asyik break the law...bla bla bla
I : Ya, saya faham(...bila masa pulak break the law?? =p)
D : Pharmacist ni, kena ingat. Kita yang kerja kat kerajaan ni, caretaker. Kita yang mempermudahkan urusan rakyat, Jadi, hal diri sendiri, tak bolehlah nak ikut sangat. Kena pentingkan rakyat.. Nak duduk dalam kerajaan ni, bukan senang. Tak terjamin pun. Boleh je nak jadi macam2.Siapa kata secure? Duit pun tak banyak sangat..sekadar nak selesa sikit tu, bolehla.. (sambil gelak kecil, tengok kat Mr. Leong).. Baiklah, kamu ni general knowledge kurang ni. Kena tambahkan ilmu lagi ye..Exam dah nak dekat kan? Bila exam?
I : Akhir mac
D : Ha, belajar elok2..Kita nak kerja degan kerajaan, kena tahu dasar kerajaan..bla bla bla..
I : Baik. Ya Dato’ (sambil terfikir, dalam exam nanti agak2 ada ke soalan camni.hehe)
D : Ok. Setakat tu je. Terima kasih
I : (Huh? Habis dah? Pandang Mr.Leong sambil cakap dalam hati, ‘bukan ada lagi nak tanya ka?’ Tengok Mr. Leong pandang, senyum..lalu cakap). Ok. Thank you Dato’. Tq. Mr Leong..
Lepas tu, bangun ambil balik fail dan keluar..
Bila keluar, habis kena serbu. Yela. Orang pertama masuk bilik, tapi orang pertama yang masuk dari bilik A dah keluar dulu, baru saya yang masuk bilik B keluar. Masuk awal, keluar lewat.Lama betul dengan Dato’. Orang yang ke-2 pun habis lambat. Waktu tu, orang bilik A dah 4 orang masuk..
Secara jujur, ni pengalaman kedua di interview oleh interviewer yang peramah dan banyak cakap. Baru bagi jawapan satu perkataan, dah kena tanya yang lain, pastu soalan lain pulak, pastu soalan lain pulak..Terbantut habis idea =p At some point, rasa malas nak argue, dan iya kan aja.
Bila keluar je, pakat dok kongsi soalan. Saya jeles dengan kawan2 yang kena temuduga di bilik B. Soalan yang sangat santai diberikan oleh penemuduga. Erm, ada juga yang tak santai, tapi pharmacy-related things. Jadi bolehla jawab dengan senang hati =)
Cth :
1. 1.What do you do during your free time?
2. 2.Ceritakan pengalaman posting
3. 3.Ceritakan posting yang paling best dan mengapa
4. 4.Ceritakan apa2 sahaja berkenaan bidang farmasi
5. 5.Apa resepi masakan yang kamu nak kongsi dengan saya?
6. 6.Kamu boleh menyanyi/main alat muzik?
7. 7.Kenapa tak jadi penyanyi?
8. 8.Kenapa nak jadi pharmacist?
Apa-apa pun, Alhamdulillah, dah habis pun. Biarpun sekadar prosedur je, tapi pengalaman diinterview pasal hal swasta yang bagi saya tak jumpa dalam paper sebagai isu utama, hanya yang kerja lama dalam kerajaan yang nampak dan faham isu tu kan, amatlah memberi impak. Agak2nya, kalau lah bidang pharmacy ni betul2 diswastakan, macam mana lah keadaannya kan? Tak mustahil, sebab isu ni telah didedahkan oleh Dato’. Erm, kena ada plan B untuk masa depan ni ^_^ Bak kata Dato’, kerajaan tak dapat jamin apa-apa..Moga ALLAH kurniakan yang terbaik untuk kita semua. Ameen.