Salam.
Walid suh buh tajuk ape ntah gitu =p
Walid suh buh tajuk ape ntah gitu =p
Ni la kali pertama kami tinggalkan blog dalam masa yang agak lama. Bukan apa, bila dah balik kampung, raya, dah susah sikit nak dok depan laptop. Gara2 mood raya yang membara =p
Alhamdulillah, rasanya tahun nilah tahun yang paling meriah sekali sambut raya. Sepanjang 24 tahun ibu di muka bumi ni juga, personally. Tahun lepas, hanya ala kadar sahaja, kerana Damia' baru je keluar hospital, 2 hari sebelum raya. Sekadar raya dengan family walid di kampungnya,Perak, kemudian ke rumah Alor Setar. Tahun ni, kebetulan giliran raya di Kedah, sibuklah ibu bawa walid dan Damia' round kampung. Bukan apa, semenjak selepas kahwin, boleh bilang lah dengan jari, berapa kali walid turut sama balik dengan ibu ke kampung..Walid kan sibuk... =p Jadinya, time raya ni la, ibu gunakan untuk kenalkan walid dan Damia' kepada yang lain.
Family Kak Chik just arrived Colombus, Ohio this day. |
Sibuk sangat beraya, hingga akhirnya kami sedar bahawa kami takde gambar family pun, sebab asyik sibuk bergambar dan bertandang ke rumah2 sedara secara 'pukal'..Bila dah nak balik Ampang, baru tangkap gambar, tu pun sebelah kereta =)
Arifin . Atiqah . Damia' Rujhaa . |
Selain ke rumah sedara-mara yang ramai, kami turut ke rumah terbuka kawan2, selain turut join konvoi melawat baby baru dan yang paling penting, menyertai reunion. Time ni, ibu je yang g sebab walid sibuk dengan kawan2 Jenan yang datang ke rumah untuk beraya. Damia' pula, saja 'sabotaj' ibu. Betul2 jam pkl 2pm, time ke reunion, dia tido.. =p Jadi, tak dapatla aunties n uncles tengok Damia'..Ha, tu la, kalau tak, mesti Mia' dapat banyak duit raya. Almaklum, ramai dah yang sudah bekerjaya.Tinggal ibu je kot =p
Bersama puteri kelas sains. two already 'taken' ^_^ |
Bila balik Ampang, sibuk ke rumah terbuka kawan2 walid pula. Ibu pun join sekaki ^_^ Yang paling mengimbau nostalgia, bila ada reunion kat rumah cikgu Zul. Cikgu walid yang sekarang dah jadi guru besar pun. Murid2 Sek.Keb Lembah Jaya UPSR 1999.
Walid bersama kawan sedarjah |
Ni makanan faveret terbaru Damia'. First time jumpa time raya |
Apa2 pun, ibu nak ucapkan tahniah kepada team UIA. Walaupun tahun ni kita gagal mengekalkan kejuaraan kita, tapi ibu SANGAT berbangga dengan usaha peserta yang kebanyakannya adalah pelajar tahun akhir Farmasi, satu kelas dengan ibu..kerana kita mampu menjadi among top 3, walau hakikatnya kita sangat terasa kesibukan jadual belajar selepas rombakan sistem pembelajaran berlaku. Hakikatnya, hanya pelajar dan sedikit pensyarah yang faham apa yang kita rasa ^_^
Menjadi kos yang paling sibuk di UIA, membuatkan kita kena pandai 'menyelit', sampai ada sahaja yang mahu fokus kepada 'study' semata2, dengan tuntutan continuous assessment. Sesungguhnya, penglibatan dalam hal 'luar darjah' lah yang membezakan kita sewaktu kerja nanti. Everybody knows, experience is the best teacher,right? ^_^ Takpe tahun depan, kita amik balik Piala Tariq tu insyaALLAH. Selamat fokus kepada program lain pula.
P/s :
1. Study jangan lupa. Kuiz bakal datang 'bertimbun-timbun'.
2. Sewaktu aktiviti ziarah raya ni, banyakla kami dengar pendapat tentang pemakaian tudung kepada Damia'..Reaksi yang bagaimana agaknya? Ha, nantikan entri sterusnya..
Till then, Assalamualaikum.