Saturday, August 21, 2010

Damia' + Terawikh

Salam.

Sedar tak sedar, cepat betul masa berlalu, kan? Hari ni, dah masuk hari ke sebelas puasa. Dah hampir separuh jalan pun.Alhamdulillah, masih dikurniakan ALLAH keizinan untuk menemui Ramadhan kali ni..

Setelah hampir seminggu Damia' demam, sembuh juga dia akhirnya.Gelabah juga kami bila sebelum ni, tak pernah2 la Damia' demam sebegini lama. Tambah pula Damia' ni premature, sangatla perlu alert dengan sebarang keadaan negatif. Mungkin pada baby lain, takde pape, tapi bagi Damia', itu jadi hal yang sedikit kompleks. Apa2 pun,kepada ALLAH la sahaja tempat kita bergantung harap dan tempat memohon pertolongan =)

Setelah sembuh demam, ibu dan walid yang sememangnya tak sabar2 nak bawa Damia' ke masjid join terawikh terus melaksanakan misi penting ini. Bukan apa, kami fikir solat berjemaah di masjid lebih ada 'ruh' nya berbanding solat sendiri di rumah. Solat kat rumah, nak sampai 8 rakaat pun, rasa lama sangat =p

Setakat lepas demam ni, dah 2 hari kami membawa Damia' berterawikh. Alhamdulillah, baik2 sahaja ^_^ Bila sampai je, ibu bentang tilam dia, bantal, susu, dan semua mainan..Pada mulanya terpinga2 juga dia bila tengok keadaan serba 'putih' je.Pastu sekata je bila sujud dan rukuk..Mesti Damia' terfikir2 kan, apa la yang semua orang buat =p 

Cumanya, Damia' ni allergic SATU je benda..Dia punya 'alarm', sangat sensitif. Pantang ada yang mendekat, dia dah panik..Pastu mula lah nak start menangis..Kebetulan pula, kami terlambat dua rakaat awal, jadi perlu extra rakaat untuk cukupkan rakaat. Jadi, orang2 yang dah habis solat, sedar ada Damia', mula dok acah2 dia, last2 Damia' panik..Ha, endingnya? Tau la kan.. =p Ibu nak habiskan lagi 2 lagi je pun, tapi punyala dok berharap imam tu baca laju supaya boleh habis awal2..Dia nangis kuat woo! =p

Cukup je rakaat, terus ibu cakap, 'Ok. Damia', jom balik! ^_^'

Malam ke-2 pun begitu..Pada mulanya bila ada yang dok tegur, dia nak nangis.Tapi, baru je dok 'ehek, ehek'.. Tetiba ada 'kakak' comel kiut-miut mai nangis depan dia sebab jatuh kot.Tak jadi dia nak nangis.Terbantut! =p At the end, dia yang asyik stare je, mungkin terfikir kenapa la kakak tu nangis ye..

Erm, tu la. bila dilihat, Damia' ni SANGAT setia dengan ibu walid, lebih2 ibu..Kalau ada je yang approach, dia akan panik, kecuali kalau dah biasa dengan orang yang sama. Ibu fikir, kalau asyik jadi hal yang sama, ibu nak letak tag camni pasni,'Do not disturb / take me away from ibu'. Pelekat kat bag dia.Heh!

Alhamdulillah, kami bersyukur kepada ALLAH kerana kehidupan kami sangat2 dipermudahkan. Bagi kami, Damia' bukan masalah langsung. Bawa la ke mana, jaranglah dia nak 'tunjuk perangai'. Especially hal2 keagamaan, senang je dia 'mengikut'.

Mungkin berkat kegemaran ibu dan walid solat di masjid sewaktu mengandungkan Damia' dulu, dia jadi 'tenggelam' dalam suasana tersebut. Relaks je..Mungkin dia teringat, dulu ibu dan walid selalu datang situ.Ada aura =) Hmm, ni memang ibu perasan. Lama dah..Begitu juga bila mendengar ayat2 Al-Quran, Damia' jadi tenang je..Siap sibuk2 nak baca Quran lagi. Jenuh berebut dengan dia, kalau nak habiskan satu muka pun..=p Asyik nak pegang je.. Buku die, tolak tepi bila nampak walid/ibu baca Quran. 

Mungkin sebab ni, ditekankan dalam Islam..'Awwaluddin, ma'rifatullah' - Awal agama itu, mengenal ALLAH. Kerana, ibu lihat pada Damia' ni,  bila dah biasa diajar begitu, makanya tak jadi pelik dah baginya..Seperti solat jemaah juga, Damia' tak kisah pun dok tepi bila ibu dan walid solat..Hmm, bak kata orang, 'alah bisa, tegal biasa'.

Kami berazam untuk serapkan Islamic related values, sebaik dan sebanyak yang boleh untuk Damia'.. Ibu fikir, rugilah jika tak diambil peluang apabila altenatif untk mempromosikan ISLAM semakin banyak, hebat dan kreatif sekarang..Kami masih belajar dan masih mencuba, moganya hasil semat tunjang yang bagus mampu memasakkan dirinya seteguh mungkin pada masa hadapan. Jika sekarang pun, kami amat risau dengan hakikat kehidupan manusia sekarang, lebih2 lagi kami risau akan keadaannya pada masa hadapan.

Harapnya, Damia' dan adik2nya mampu menjadi aset untuk membantu kami mendapat tiket syurga. Ameen.Biar pun begitu, kami juga sedar tentang anak yang menjadi amanah untuk dibimbing sebaik mungkin ini. Simbiosis.Moga ALLAH mudahkan. Ameen.

'Bila mati seseorang anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara - ilmu yang bermanfaat, harta yang dibelanjakan ke jalan ALLAH, dan anak soleh/solehah yang mendoakannya'.. Ya, anak solehah.. Moga ibu menjadi anak yang solehah untuk mak abah, moga walid menjadi anak yang soleh untuk mak dan abah,,moga Damia' menjadi anak solehah untuk ibu dan walid..Moga kita semua menjadi generasi soleh/solehah untuk ISLAM..InsyaALLAH..

Hendak seribu daya,
Mahu seribu cara