Em, ukhwah terjalin bermula dari ekspedisi ke Sabah untuk program baktisiswa, di pengakhiran tempoh pembelajaran di Matrikulasi UIA pada tahun 2006..Tapi, alhamdulillah masih kekal berukhwah hingga ke hari ini..especially dengan mereka yang 'tercampak' di bumi Kuantan nih..yang kat Gombak, br sekali je ibu turut serta dalam reunion session..sori.hehe.tak tersampai..ada jodoh, insyaALLAH ketemu lagi =)
Em, pendek cerita, selepas asar acik2 datang untuk masak - Spageti..Ibu sediakan air dan dadih.Dadih tu, walid yang buat sebab ibu bz kelas(heh.alasan!) since walid tgh free dengan revision period, makanya beliau berkesempatan untuk menolong.Thanks darling! =)
Bila dah masak, sesi makan bermula - spageti, dadih,air sarsi..Bisingnya rumah, syok betul kami menerima kunjungan tetamu.. ^_^ Yang best pasal baksis geng, mereka AMAT tak berkira..Buktinya, merekalah antara yang sanggup datang ke majlis kahwin ibu yang jauh nun di Kedah nun..Dalam hal duit pun, susahla nak berkira, memang pemurah belaka..Buktinya, Damia' dapat hadiah bed cum playard dari mereka..! =) itulah yangselalu buatkan ibu terharu.. (-_-) Alhamdulilah, murah rezeki betul la anak ibu ni..sampai sekarang pun, masih ada yang sudi memberi hadiah..alhamdulillah
Selepas makan, sesi buka dan pasang hadiah..
Baru lepas minum susu
Damia' suka dapat hadiah yang bak kata acik As '10x ganda besar dari dia'..
Damia' + Ibu
Sesi memasang palyard Damia'
Damia' syok dok dalam dukungan Uncle Nabil
Dah siap! Tiba masanya untuk try!
Sukanya Mia' bila dapat hadiah best ni ibu!