Saiful : (senyum) Aku ni..satu isteri pun belum dapat lagi, Fahri, tapi kamu dah ada dua..
Fahri : Hmm...Aku letih ful..
Saiful : Ok. Ini pandangan aku je ye..
Saiful :Kamu tidak akan pernah bisa menyatukan mereka. Yang perlu kamu lakukan, adalah berusaha untuk adil..Tapi, ingat..satu isteri pun, belum tentu merasa adil...apa lagi dua Ri..Em, semuanya kembali kepada imanmu. Serahkan kepada ALLAH..
*********************************
(Ketika di rumah pakciknya, Aisha tengah berkira2 nak balik Turki, ambil masa untuk fahami keadaan..dan tiba2 Fahri datang...)
Fahri : Ikhlas, Aisha..*diam* aku tidak ikhlas menerimamu lebih kaya dari aku..Aku tidak ikhlas menerima kondisi kita bertiga dengan Maria..hingga aku tidak tahu adil itu apa dan bagaimana..*diam*Aku akan belajar lagi..*diam* Tapi untuk itu, aku perlu kamu...
- Filem Ayat-ayat cinta
-------------------------------------------------------------
Em, petikan dialog ayat2 cinta.highly recommended.
Betul. Kadang2, boleh jadi timbul rasa jeles pada suami yang asyik kat hospital, sedangkan diri sendiri ni sangatlah terhad pergerakannya. Jika dan hanya jika saya sihat, dah tentu minta izin keluar jumpa kawan2.(wah, bosanla kat rumah, cakap dengan diri sendiri je)
Jeles, bila suami balik dalam keadaan letih, nak cakap banyak, repot tu, repot ni, tak jadi..kesian..sampai kadang2 time tengah cakap pun, dia boleh tertidur..letih sangat gamaknya..Jeles, sebab bagi saya, patientnya mendapat lebih perhatian dari diri ini..tak adil..balik je, letih, pejam mata..
Tetapi tetiba teringat kata2 seorang lecturer dalam kelas yang juga merupakan seorang doktor..dia bagitau isterinya..betapa dia memang pentingkan patientnya, berbanding keluarga..terutama dalam keadaan yang memerlukan..hmm, kenapa? Sebab dia nak gaji hasil kerjanya, datang dalam keadaan barakah..ada keberkatan..
Terdiam. lantas, mengangguk laju. Setuju.
Kalau berkat la nilainya, maka tiada lagi persoalan then. Ya, saya mahu keluarga kami dilimpahi barakah..dan jika ini salah satu jalannya..i'm ok with that..seriesly..
Ikhlas, 'Atiqah..
Em, kalau diikutkan, saya yang bersikap tak adil kepada suami. Dengan tiba2, banyak haknya yang tak tertunai..masak,kemas rumah, basuh baju, sidai baju, berdikari tanpa bantuan..banyak sangat yang ditolongnya..em, memangla.orang lain kat hospital, stay situ all day long, balik rumah atau hostel, uruskan hal sendiri.. tapi, suami yang satu ini, tetap cuba penuhi permintaan isteri 'ngokngek'nya..nak ke kelas, nak balik dari kelas, nak g sana, sini, appointment dengan doc, balik rumah basuh baju, sidai baju, iron baju, sediakan air mandi, dapatkan itu ini..hanya untuk isteri 'ngokngek' dia ini..
Ramai yang menyatakan kerisauan dan kekaguman pada diri yang macam tabah je g kelas, jalan sana sini bukan main, urus diri sendiri dalam tempoh pantang..tanpa sedar, sebenarnya saya di'cover' oleh suami..Dia pernah cakap, batapa untung nya saya memilikinya sebagai suami (kes angkat bakul nih)..and i guess, I am..i'm lucky enuff to have him..
Dan bila mana kadang2 saya merasakan sebak kerana diri ini di'torture' walaupun sepatutnya direhatkan seketika..yap, i walk A LOT! dan saya jeles dengan wanita lain yang betul2 berpantang selepas bersalin, compared to me yang hemtam keromo je..semua buat sendiri tanpa bimbingan orang tua, because at the end efeknya akan dilihat pada masa hadapan..Tak sikit kata2 yang suruh diriku ini dok diam2 sikit, sebab, 'sekarang takpela..nanti, tak sampai 30 thn, dah sakit2 badan.Tu la, ni la yang tak kena..Suami tu muda lagi..' huu~ panas.. dan tak memberangsangkan..Em, fahamkah jika saya nyatakan keperluan saya untuk tak extend sem, sebagaimana yang dipinta suami?Em, tak faham pun takpe. Anda bukan saya. dan saya bukan anda.
Terasa betapa pengorbanan ini besar sangat, yela, hanya untuk sekarang, saya korbankan kemungkinan masa hadapan, sampai cakap pada suami, 'Nanti2 bila abang dah kaya, janganla lupa ayang ye..ape yang ayang buat ni..' Senyum je suami. Hish, bila diingat2 balik, bodoh betul..
Ikhlas, 'Atiqah..
Ikhlas..seperti ikhlasnya suamimu menerima kondisimu yang tak berapa sihat ketika ini..
Untuk abang, terima kasih kerana cuba berlaku adil..I'm sorry for being not fit and well enuff to cover u. InsyaALLAH, things will be better. Just gimme some time ya ^_^ Terima kasih atas rasa 'tak terbeban' tu..REALLY appreciate it!
p/s : time tengah tulis ni, dapat mesej dari suami :
'Damia' dh 1.005kg.Smiley. Dh pindah ke bilik 5 NICU'